Cuti Disember ini, 7 hari intervensi Matematik Mokhdar untuk anak yakin semula, dan lebih bersedia untuk 2027.

Kalau ibu mengangguk walaupun pada satu perkara, halaman ini ditulis khas buat ibu yang telah lama berjuang tetapi masih buntu.

Kaedah Mokhdar diasaskan oleh En. Makhtar Mansor, yang pernah diiktiraf antara “10 Genius Malaysia”. Sejak lebih 3 dekad, kaedah ini telah membantu pelajar mencungkil potensi diri dalam pelajaran, terutama dalam bidang Matematik, Sains dan Kejuruteraan.
Hari ini, legasi itu diteruskan oleh anaknya, Cikgu Nur Izham Makhtar, bersama #TeamMokhdar.

Sejak 1991, Kaedah Mokhdar telah bantu
Ribuan guru, ibu bapa & pelajar
mencungkil bakat Matematik dan kekuatan memori anak-anak ke tahap yang lebih tinggi.


Nur Izham Makhtar ialah anak kepada pengasas Kaedah Mokhdar, dan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau berpengalaman lebih 20 tahun, secara langsung dan tidak langsung, dalam industri pendidikan, terutamanya dalam penguasaan Matematik dan Sains (Fizik, Kimia, Matematik Tambahan dan lain-lain).
Beliau bertanggungjawab menyusun modul silibus, dan merupakan jurulatih utama kepada tutor Mokhdar yang dihantar ke seluruh Malaysia sekitar 2008 hingga 2010, sebelum memberi tumpuan kepada pembukaan cawangan Mokhdar di Johor Bahru.
Pada tahun 1997, ketika baru berusia 8 tahun, beliau pernah mewakili Malaysia di acara The Minds, Wonderland yang menghimpunkan peserta dari pelbagai negara. Di situ beliau mempamerkan kekuatan memori dengan hafalan rumus Fizik, formula Kimia, Matematik Tambahan dan penyelesaian masalah peringkat menengah, dan mendapat liputan media seperti Radio 1, TV1, TV3 dan majalah Remaja.
Kini beliau aktif menyebarkan Kaedah Mokhdar kerana percaya: jika seorang “slow learner” seperti beliau mampu menggenggam segulung ijazah kejuruteraan, apatah lagi anak-anak yang memang dilahirkan pintar.
Matematik dibina seperti susunan tangga. Kemahiran darab pantas di anak tangga paling bawah, manakala pecahan, perpuluhan dan peratus di atasnya. Diikuti kemahiran tukar unit, dan akhirnya pengalaman menjawab peperiksaan yang menentukan semuanya. Bilamana satu anak tangga retak sejak di Tahun 3 atau 4, setiap topik baru seterusnya bakal turut rapuh dan goyah.
Tuisyen biasa menambah latihan di anak tangga paling atas. Anak semakin terbeban, asasnya pula semakin retak. Lama-kelamaan dia mula takut, dan semakin hilang keyakinan diri untuk lebih berdaya saing.
Anak ibu tak perlukan lebih banyak latihan. Mereka hanya perlukan seseorang yang tahu di mana nak mula untuk membaiki anak tangga yang retak itu, satu per satu.
Kaedah yang diperhalusi sejak 1991, disampaikandalam suasana yang menyeronokkan, bukan menekan.
Kami latih kelancaran darab 2–9 anak ibu sehingga boleh dijawab secara spontan. Apabila mereka memiliki kemahiran darab spontan, mereka kini boleh fokus kepada konsep yang lebih sukar seperti bahagi, pecahan, perpuluhan, peratus dan tukar unit.
Kemudian, kami bantu kenal pasti kelemahan Matematik anak-anak dan bimbing mereka selangkah demi selangkah mengikut kemampuan masing-masing, supaya keyakinan diri mereka terhadap Matematik jauh lebih kukuh.
Akhir sekali, kami bantu anak ibu menghubungkan semua kefahaman dan keyakinan Matematik mereka untuk digunakan sebagai senjata, menjawab soalan peperiksaan yang lebih mencabar.
Apakah kemahiran baru yang bakal anak bawa pulang setelah tamat sesi ini?
Mesej sebenar · Nama sebenar · Hasil sebenar
Pada usia 12 tahun, Matematik saya hanya 48–50%, walaupun dah banyak kelas tambahan. Setelah menyertai sesi intensif 7 hari Mokhdar, markah Matematik saya melonjak ke 80%.
⤢ Besarkan
✕ Tutup
⤢ Besarkan
✕ Tutup
⤢ Besarkan
✕ Tutup
⤢ Besarkan
✕ Tutup
⤢ Besarkan
✕ Tutup
⤢ Besarkan
✕ Tutup
⤢ Besarkan
✕ Tutup
⤢ Besarkan
✕ Tutup
⤢ Besarkan
✕ Tutup
⤢ Besarkan
✕ Tutup
⤢ Besarkan
✕ Tutup
⤢ Besarkan
✕ Tutup
⤢ Besarkan
✕ Tutup
⤢ Besarkan
✕ Tutup
⤢ Besarkan
✕ Tutup
⤢ Besarkan
✕ TutupSeorang bekas peserta berdiri di hadapan ibu bapa dan pelajar baharu, berkongsi bagaimana markah Matematiknya di darjah 4 dan 5 tak berganjak, sehinggalah dia menyertai kursus Kaedah Mokhdar. Dia kemudian menyambung perjalanannya hingga ke peringkat asasi universiti.
▶ Tekan main untuk dengar kisah penuhnya.Rakaman sebenar daripada kelas, anak-anak dan keluarga Mokhdar.
⤢ Besarkan
✕ Tutup
⤢ Besarkan
✕ Tutup
⤢ Besarkan
✕ Tutup
⤢ Besarkan
✕ TutupMesej WhatsApp sebenar daripada ibu bapa Mokhdar, dari tahun ke tahun. Ada yang dari E ke B, ada yang dari C ke A, dan ada yang kini sudah bergelar doktor.
⤢ Besarkan
✕ Tutup
⤢ Besarkan
✕ Tutup
⤢ Besarkan
✕ Tutup
⤢ Besarkan
✕ Tutup
⤢ Besarkan
✕ Tutup
⤢ Besarkan
✕ Tutup
⤢ Besarkan
✕ Tutup
⤢ Besarkan
✕ Tutup
⤢ Besarkan
✕ TutupWah, menarik ni! Saya berminat untuk daftar anak saya ke sesi ini untuk pecutan 2027 nanti! Bagaimana caranya?


Butiran sesi adalah seperti berikut, untuk ibu pilih dan kunci tempat dengan pendaftaran deposit hari ini.
↓Nilai ini berdasarkan apa yang anak terima: suasana selesa berhawa dingin, 7 hari bimbingan intensif oleh tutor profesional, modul eksklusif mengikut kemampuan anak, serta makan tengah hari dan aktiviti sepanjang program.
⤢ Besarkan
✕ Tutup
⤢ Besarkan
✕ Tutup
⤢ Besarkan
✕ Tutup
⤢ Besarkan
✕ TutupYa. Sesi ini memang dibina untuk anak yang masih gagal atau skor C, D dan E Matematik, dengan syarat anak menguasai 3M dan mendapat skor minimum C untuk Bahasa Melayu, untuk kesan terbaik.
Sesi dijalankan melalui pendekatan interaktif, diselang-selikan dengan aktiviti pergerakan yang buat anak ceria dan gembira setiap hari. Ada ibu yang memberitahu anaknya bangun pukul 4 pagi kerana tak sabar nak ke kelas Mokhdar.
Kelas tambahan biasanya menambah latihan. Intervensi Mokhdar membaiki asas yang retak dahulu, dan mengajar anak cara mengingat. Firdaus sendiri sudah banyak ke kelas tambahan sebelum menyertai sesi 7 hari.
Makan tengah hari disediakan setiap hari. Sarapan tidak disediakan, jadi pastikan anak bersarapan di rumah sebelum datang.
Ada. Setiap hari ada waktu rehat dan tidur sebentar (qailullah) sebelum makan tengah hari, supaya anak segar semula untuk sesi petang.
Ada. Pakej penginapan tambahan RM200 seorang, termasuk makan dan pengangkutan sepanjang 7 hari 6 malam.
Tekan butang Tempah tempat sekarang di seksyen harga. Ibu akan terus berhubung dengan team kami di WhatsApp untuk kunci tempat dengan deposit minimum RM150. Baki boleh dibayar secara ansuran, selewatnya 7 hari sebelum sesi bermula.
Kami tidak menjanjikan keputusan yang sama untuk setiap anak, kerana setiap anak bermula dari titik berbeza. Yang kami pastikan: anak pulang dengan sifir yang lebih lancar, asas yang lebih kukuh dan keyakinan baharu, dan ibu ayah tahu langkah seterusnya.
Ibu tanya, “7 × 8?” Dia jawab spontan tanpa mengira jari, tanpa bina kotak jadual. Dia buka buku latihan tanpa disuruh. Dan malam itu, dia berkata, “Ibu, Matematik ni tak susah rupanya.”
Daftar anak ibu sekarang